INI KISAH BENAR! BARU ON THE JOB TRAINING TAPI DIBERI BONUS/KOMISEN 10K.
Pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin (KVDSMZ), Alor Gajah, Kursus Pengurusan Perniagaan (BPP), Bong Ji Xin, 19, yang sedang mengikuti on the job training atau latihan Industri (LI) di sebuah syarikat hartanah di Melaka, memperolehi bonus/komisen RM10,000, baru-baru ini. Ini berikutan kejayaannya menjual 3 unit hartanah dalam tempoh tiga bulan, sekali gus pihak syarikat meluluskan pemberian bonus/komisen terbabit.
Menurut Ji Xin, selama tempoh menjalani LI, beliau hanya diberi elaun insentif sebanyak RM300 sahaja dalam sebulan.Bagaimanapuan, katanya, hasil daripada pembelajaran dan kemahiran kursus BPP yang diterima di KVDSMZ selama empat tahun digunakan sebaiknya dan ternyata berhasil dan diiktiraf pihak majikannya.
“Sekarang saya sudah ditawarkan ke jawatan tetap di bahagian penjualan. Saya berasa amat gembira dan seronok dengan bonus/komisen yang diberikan dan kerja yang saya ceburi sekarang. Saya juga merasakan bahawa sukatan pelajaran Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) membabitkan kemahiran komunikasi dan pemasaran jualan (sale marketing) yang saya belajar amat membantu dan inilah hasilnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment