Tuesday, October 18, 2016

SMK Selirik, Kapit



         SMK Selirik telah ditubuhkan pada 4 Januari 1981. Pada awal penubuhannya, SMK Selirik tidak mempunyai bangunan sendiri, sebaliknya menyewa bangunan Private Methodist Secondary School Kapit di Jalan Panto, Kapit.
         Pada masa itu, hanya terdapat empat buah kelas sahaja iaitu dua buah kelas peralihan dan dua buah lagi kelas tingkatan satu. Pada awalnya SMK Selirik disokong oleh lapan tenaga pengajar dan enam staf sokongan.

Kakitangan Akademik:
1) Cikgu Charles Ngalang Anak Ligas
2) Cikgu Edward Sumbang Anak Asun
3) Cikgu Goyeng Anak Nojeng
4) Cikgu Mahmud Ali Basah
5) Cikgu Wee Peck Lay
6) Cikgu Sng Bee Kuan
7) Cikgu Lily Tie
8) Cikgu Keum Swee Leng

Kakitangan Sokongan:
1) Encik Anthony Kayan Anak Kana (kerani)
2) Cik Wee (Matron)
3) Encik Sipok Anak Pok (Tukang masak)
4) Cik Bibi Anak Sibat (Tukang masak)
5) Cik Ungan Lisut (Tukang masak)
6) Encik Miring (Tukang kebun)

Nama SMK Selirik telah diilhamkan oleh Encik Kong Chung Nam (Penolong Pegawai Pelajaran Bahagian Kapit pada masa itu). Nama tersebut adalah berdasarkan nama kawasan Selirik yakni tapak asal yang dicadangkan itu. (Tapak asal SMK Selirik yang dicadangkan adalah di kawasan tanah yang bertentangan dengan Taman Ixora sekarang ini). Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Pelajaran Bahagian Kapit telah membatalkan hasrat untuk menubuhkan bangunan sekolah di kawasan tersebut atas beberapa sebab tertentu. Tapak seterusnya yang dicadangkan adalah berdekatan dengan SRB Sungai Amang yang berkeluasan 36.4 ekar (tapak sekarang).

Pada 5 Januari 1982, SMK Selirik telah berpindah dari Jalan Panto ke tapak yang baru yang terletak di KM5 Jalan Selirik. Pada masa itu, sekolah tersebut masih dalam proses pembinaan dan serba kekurangan dari segi kemudahan seperti tiada bekalan elektrik dan air. Kawasan sekolah telah dipisahkan dari jalan raya oleh Sungai Amang.

Pada tahun 1983, jambatan konkrit yang pertama di bahagian Kapit telah dibina untuk menghubungkan SMK Selirik dengan jalan raya utama. Pembinaan jambatan tersebut telah menelan belanja lebih setengah juta ringgit. SMK Selirik siap sepenuhnya pada tahun yang sama.
Pada 27 Ogos 1983, SMK Selirik telah dibuka dengan rasminya oleh YB. Datuk Dr. Sulaiman Bin Haji Daud, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.


 
Logo Sekolah SMK Selirik, Kapit
Pengertian logo sekolah:

Logo SMK Selirik telah diilham dan dicipta oleh Cikgu Charles Ngalang, Cikgu Mahmud Ali Basha dan Cikgu Emir Hamzah.

WARNA:
Hijau        – melambangkan keharmonian pelbagai suku bangsa yang sentiasa 
                 dinamik dan progresif
Merah      – semangat keberanian menyahut cabaran
Kuning     – keagungan dan kecemerlangan SMK Selirik

OBJEK:
Buku             – bermaksud menimba ilmu pengetahuan
Jambatan       – bermaksud laluan kejayaan
Raket            – menunjukkan semangat kesukanan
Cangkul        – menggambarkan usaha gigih untuk mencapai kejayaan
Matahari       – adalah sinar cahaya yang menerangi kehidupan



>> Lagu Sekolah: SMK SELIRIK KEMEGAHANKU

Sungguh Gemilangnya Sekolahku

Kebanggaan Seluruh Wargamu

Pelbagai Bangsa

Ada Di Dalamnya
Hidup Sejahtera

Titian Yang Merentang Megah
Menjadi Lambang Misi Yang Gagah
Kau Penaung Nusa
Kau Pembimbing Bangsa
Menuju Ke Puncak Jaya


Chorus:
SMK Selirik Kemegahanku
Belaian Kasihmu Kusanjung Tinggi
Pengorbananmu Takkan Ku Persiakan
Kujunjung Hingga Ke Puncak
Keagungan…

Selirik Bersemangat Juang
Azam Digenggam Tekad Dijulang
Walau Berjuta
Cabaran Yang Datang
Kau Tetap Terus Gemilang
*ulang dari chorus



Susunan Muzik: En. Johny Teo




Ciptaan/Lirik/lagu: En. Baki Nabau;


 

 









Sunday, October 16, 2016

Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016


Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 boleh dimuat turun di http://lp.moe.gov.my/images/bahan/spm/2016/spm.pdf

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

E-Pembelajaran Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EPSA® adalah portal pembelajaran secara online bagi penjawat awam Malaysia. EPSA® merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk penjawat awam dan merupakan model pendekatan latihan / pembelajaran secara kendiri yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.
EPSA® adalah inisiatif Kerajaan Malaysia yang dimandatkan kepada INTAN untuk mempromosikan penggunaan ICT dalam pembelajaran yang berterusan dan sepanjang hayat di kalangan penjawat awam. Semua penjawat awam sama ada pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan atau pasca-perkhidmatan adalah layak menjadi ahli EPSA®. Pembelajaran melalui EPSA® adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi privasi yang telah ditetapkan.
Selain itu EPSA®membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dari segi kos dan masa. Dalam era maklumat, keperluan untuk pembelajaran berterusan sepanjang hayat telah mewujudkan permintaan tinggi terhadap pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap pembelajaran adalah melebihi kapasiti kemampuan penyampaian secara tradisional di institusi-institusi latihan. Justeru, EPSA® adalah inspirasi yang dicetuskan oleh realiti bahawa keperluan penyampaian latihan di dalam persekitaran ekonomi global adalah lebih mencabar dan tidak dapat ditampung menerusi pembelajaran secara fizikal di dalam kelas.
Kursus-kursus yang ditawarkan di laman web EPSA boleh dikira untuk memenuhi keperluan kursus 7 hari yang ditetapkan kepada semua penjawat awam di Malaysia. Bagaimana pun, seseorang perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu untuk mewujudkan akaun di EPSA.
Kursus-kursus yang ditawarkan boleh disempurnakan secara bersambung iaitu pengguna tidak semestinya menamatkan kursus tersebut pada jangka masa tertentu.

Untuk melihat senarai kursus terkini, sila layari laman web EPSA di http://www.epsa.gov.my/ .

Contoh-contoh Hiasan Dalam Kelas -Siri 1

penutup botol minuman dicat membentuk bendera Malaysia (abaikan susunan yg tidak teratur :)

Kata-kata motivasi yang dicetak dilekatkan di dinding atas.

Kata-kata motivasi yang dicetak dilekatkan di dinding atas.

Kata-kata motivasi yang dicetak dilekatkan di dinding atas diselang seli dengan hiasan lain

Kehadiran harian pelajar menggunakan tali dan penyepit kain.

carta organisasi kelas

jadual bertugas kelas



Contoh-contoh Hiasan Dalam Kelas -Siri 2



Buku kraf


Fakta

Tarikh lahir pelajar

Tarikh lahir pelajar



Contoh-contoh Hiasan Dalam Kelas -Siri 3

Add caption





CD terpakai diguna semula sebagai hiasan