
EPSA® adalah inisiatif Kerajaan Malaysia yang
dimandatkan kepada INTAN untuk mempromosikan penggunaan ICT dalam
pembelajaran yang berterusan dan sepanjang hayat di kalangan penjawat
awam. Semua penjawat awam sama ada pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan
atau pasca-perkhidmatan adalah layak menjadi ahli EPSA®. Pembelajaran melalui EPSA® adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi privasi yang telah ditetapkan.
Selain itu EPSA®membolehkan pembelajaran menjadi lebih
berkesan dari segi kos dan masa. Dalam era maklumat, keperluan untuk
pembelajaran berterusan sepanjang hayat telah mewujudkan permintaan
tinggi terhadap pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan permintaan
terhadap pembelajaran adalah melebihi kapasiti kemampuan penyampaian
secara tradisional di institusi-institusi latihan. Justeru, EPSA®
adalah inspirasi yang dicetuskan oleh realiti bahawa keperluan
penyampaian latihan di dalam persekitaran ekonomi global adalah lebih
mencabar dan tidak dapat ditampung menerusi pembelajaran secara fizikal
di dalam kelas.
Kursus-kursus yang ditawarkan di laman web EPSA boleh dikira untuk memenuhi keperluan kursus 7 hari yang ditetapkan kepada semua penjawat awam di Malaysia. Bagaimana pun, seseorang perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu untuk mewujudkan akaun di EPSA.
Kursus-kursus yang ditawarkan boleh disempurnakan secara bersambung iaitu pengguna tidak semestinya menamatkan kursus tersebut pada jangka masa tertentu.
Untuk melihat senarai kursus terkini, sila layari laman web EPSA di http://www.epsa.gov.my/ .
No comments:
Post a Comment