SMK Selirik telah ditubuhkan pada 4 Januari 1981. Pada awal penubuhannya, SMK Selirik tidak mempunyai bangunan sendiri, sebaliknya menyewa bangunan Private Methodist Secondary School Kapit di Jalan Panto, Kapit.
Pada masa itu, hanya terdapat empat buah kelas sahaja iaitu dua buah kelas peralihan dan dua buah lagi kelas tingkatan satu. Pada awalnya SMK Selirik disokong oleh lapan tenaga pengajar dan enam staf sokongan.
Kakitangan Akademik:
1) Cikgu Charles Ngalang Anak Ligas
2) Cikgu Edward Sumbang Anak Asun
3) Cikgu Goyeng Anak Nojeng
4) Cikgu Mahmud Ali Basah
5) Cikgu Wee Peck Lay
6) Cikgu Sng Bee Kuan
7) Cikgu Lily Tie
8) Cikgu Keum Swee Leng
Kakitangan Sokongan:
1) Encik Anthony Kayan Anak Kana (kerani)
2) Cik Wee (Matron)
3) Encik Sipok Anak Pok (Tukang masak)
4) Cik Bibi Anak Sibat (Tukang masak)
5) Cik Ungan Lisut (Tukang masak)
6) Encik Miring (Tukang kebun)
Nama SMK Selirik telah diilhamkan oleh Encik Kong Chung Nam (Penolong Pegawai Pelajaran Bahagian Kapit pada masa itu). Nama tersebut adalah berdasarkan nama kawasan Selirik yakni tapak asal yang dicadangkan itu. (Tapak asal SMK Selirik yang dicadangkan adalah di kawasan tanah yang bertentangan dengan Taman Ixora sekarang ini). Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Pelajaran Bahagian Kapit telah membatalkan hasrat untuk menubuhkan bangunan sekolah di kawasan tersebut atas beberapa sebab tertentu. Tapak seterusnya yang dicadangkan adalah berdekatan dengan SRB Sungai Amang yang berkeluasan 36.4 ekar (tapak sekarang).
Pada 5 Januari 1982, SMK Selirik telah berpindah dari Jalan Panto ke tapak yang baru yang terletak di KM5 Jalan Selirik. Pada masa itu, sekolah tersebut masih dalam proses pembinaan dan serba kekurangan dari segi kemudahan seperti tiada bekalan elektrik dan air. Kawasan sekolah telah dipisahkan dari jalan raya oleh Sungai Amang.
Pada tahun 1983, jambatan konkrit yang pertama di bahagian Kapit telah dibina untuk menghubungkan SMK Selirik dengan jalan raya utama. Pembinaan jambatan tersebut telah menelan belanja lebih setengah juta ringgit. SMK Selirik siap sepenuhnya pada tahun yang sama.
Pada 27 Ogos 1983, SMK Selirik telah dibuka dengan rasminya oleh YB. Datuk Dr. Sulaiman Bin Haji Daud, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.
![]() | |
Logo Sekolah SMK Selirik, Kapit |
Pengertian logo sekolah:
Logo SMK Selirik telah diilham dan dicipta oleh Cikgu Charles Ngalang, Cikgu Mahmud Ali Basha dan Cikgu Emir Hamzah.
WARNA:
Hijau – melambangkan keharmonian pelbagai suku bangsa yang sentiasa
dinamik dan progresif
Merah – semangat keberanian menyahut cabaran
Kuning – keagungan dan kecemerlangan SMK Selirik
OBJEK:
Buku – bermaksud menimba ilmu pengetahuan
Jambatan – bermaksud laluan kejayaan
Raket – menunjukkan semangat kesukanan
Cangkul – menggambarkan usaha gigih untuk mencapai kejayaan
Matahari – adalah sinar cahaya yang menerangi kehidupan
>> Lagu Sekolah: SMK SELIRIK KEMEGAHANKU
Sungguh Gemilangnya Sekolahku
Kebanggaan Seluruh Wargamu
Pelbagai Bangsa
Ada Di Dalamnya
Hidup Sejahtera
Titian Yang Merentang Megah
Menjadi Lambang Misi Yang Gagah
Kau Penaung Nusa
Kau Pembimbing Bangsa
Menuju Ke Puncak Jaya
Chorus:
SMK Selirik Kemegahanku
Belaian Kasihmu Kusanjung Tinggi
Pengorbananmu Takkan Ku Persiakan
Kujunjung Hingga Ke Puncak
Keagungan…
Selirik Bersemangat Juang
Azam Digenggam Tekad Dijulang
Walau Berjuta
Cabaran Yang Datang
Kau Tetap Terus Gemilang
*ulang dari chorus
Susunan Muzik: En. Johny Teo
Ciptaan/Lirik/lagu: En. Baki Nabau;

No comments:
Post a Comment